Bangsawan Beting Beras Basah: Hikayat Dewa Mahkota

Bagaimana Negeri Perak memperoleh Sultan pertamanya dan bagaimana namanya lahir?

Selepas kejatuhan Melaka, sebuah kerajaan baharu bangkit dengan cabaran yang penuh misteri dan keagungan. Saksikan kisah legenda ini dihidupkan semula melalui persembahan Bangsawan Beting Beras Basah: Hikayat Dewa Mahkota, sebuah produksi yang memadukan muzik secara langsung, bunyi immersif dan teknologi hologram yang mempesona, membawa legenda ke alam nyata.

Maklumat Persembahan

• Tarikh : 30 – 31 Oktober & 1 November 2026

• Masa : 3.00 petang, 8.00 malam & 8.20 malam

• Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya

• Harga Tiket : RM49.50 – RM265.00

Sinopsis

Sabermula di awang-awangan menjadi legenda. Kerajaan Indera Dewata Purbaraya di zaman dewa-dewa diberi nama. Kini, tiba masanya kerajaan tersebut melebarkan kekuasaan dan taklukannya ke alam nyata. Panglima-panglima diarahkan menentu telek negeri yang akan ditakluki. Busur Indera Sakti yang bersalut perak dipanah dan jatuh ke sebuah tanah bertuah serta berdaulat, lalu dinamakan Negeri Perak.

Dimaktubkan bahawa seorang waris raja akan ditabalkan sebagai Sultan untuk memerintah dan menjaga keharmonian negeri. Dalam pelayaran bahtera menuju Perak, kapal tersangkut di sebuah muara yang pasirnya menyerupai beras basah. Tempat itu kemudian dinamakan Beting Beras Basah.

Bagi memastikan kemakmuran negeri, tanah di empat penjuru dijaga oleh Kerajaan Indera Dewata Purbaraya. Hasil buminya tidak akan pernah kering, sekalipun air sungai surut. Siapakah figura di sebalik hikayat Beting Beras Basah — peristiwa yang menjadi saksi perjanjian dimeterai?

Promosi Istimewa Merdeka

Diskaun 10% Merdeka kini dibuka untuk semua kerusi dan semua zon pilihan anda!

Kod Promo (tempoh terhad):
Taip MERDEKADROP1 di bahagian “Promo Code” dan tekan “Apply” pada halaman checkout sebelum membuat pembayaran. Pastikan anda berada pada halaman yang sama dengan butiran pembeli tiket (nama, e-mel sah dan nombor telefon).

Syarat Umur

Penonton mesti berumur sekurang-kurangnya 10 tahun (lahir pada tahun 2016 atau sebelumnya — setaraf Sekolah Rendah Darjah 4, 5 dan 6) ke atas.

Tonton Trailer & Motion Poster

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan legenda yang membentuk identiti Negeri Perak. Tempah tiket anda sekarang dan rasai keajaiban hologram serta suasana yang membawa anda ke zaman dewa-dewa.

Laman web rasmj: https://warisanmoraza.com/teater-bangsawan-diraja-beting-beras-basah-2026 

Hotline Ticket Sales, Production Team Warisan Moraza: +6016 22 11 391

Pembelian tiket : https://www.cloudjoi.com/shows/6932-bangsawan-beting-beras-basah-hikayat-dewa-mahkota-2026#about

About admin